Perkhemahan Mega

Sunday, November 20, 2011

Cuti Sekolah Sesi 2011

0 comments
Cuti sekolah sudah bermula. Selamat bercuti buat warga pendidik dan anak-anak didik sekalian.

Ingatan buat murid-murid sekalian, manfaatkanlah cuti sekolah anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya terutama murid-murid Tahun 5. Selesaikan tugasan yang dibekalkan oleh guru-guru anda sebagai latihan ulangkaji.

Akhir kata, selamat bercuti. =)

Thursday, October 20, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun

0 comments
Assalamualaikum buat semua warga SKKD...
Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaitun kerana sudi menjemput saya menjadi salah seorang daripada penulis dalam blog ini. InsyaAllah saya akan cuba mencuri masa untuk mengemaskini blog ini dengan pelbagai informasi dan aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.

Esok, Jumaat, 21hb Oktober merupakan hari terakhir murid-murid SKKD menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Bagi murid-murid Tahun 5, peperiksaan ini merupakan kayu pengukur anda untuk tahun hadapan.

Dan, kepada semua guru, selamat menanda kertas peperiksaan (sediakan pen merah banyak2) dan "bercinta" dengan SAPS. =D

Wednesday, October 19, 2011

Menulis secara kreatif

0 comments
Salam semua warga SKKD dan pelawat2 setia...
Lamanya tak menulis di blog ini. Maklum, kesibukan melanda dek profession perguruan yang semakin mencabar fizikal dan mental. Demam Facebook yang semakin melanda juga agaknya menjadi punca semakin 'lemah' hendak menulis di sini. Namun hari ini rasa terpanggil pula setelah seharian mengikuti bengkel Penulisan Kreatif yang dikendalikan Dr Ghazali Lateh. Terasa seumpama semangat menulis mula kembali berkobar. Terima kasih Dr Ghazali, Tn Haji Saadon Marban dan Tn Pegawai PPD Kuala Langat.

Monday, April 25, 2011

Praperkhemahan 2011

1 comments
Seperti lazimnya SKKD mengadakan praperkhemahan sebagaimana tahun-tahun terdahulu khusus untuk murid-murid tahun 3 dan 4 pada hari Sabtu lalu 23 April 2011 di padang sekolah. Berikut adalah sebahagian rakaman peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.
Anak dara dan mak dara bergambar bersama selepas selesai pertandingan masakan.

Ni aksi terlebih sudah...exSKKD, diperkenalkan ni Cgu Hanif, guru baru yer.



Dua guru iaitu Pn Norlaila (PK Ko) dan En Sathes bertugas sebagai hakim pertandingan sedang menilai hasil kerja peserta. Cgu Sathes ni dulu mengajar di SK Sungai Buaya.



Ni sapa yang diuji ni...budakbudak ke bapak budak....hehehe



Dua orang kuat program sedang menjalankan tugas. Penat macam mana pun sempat lagi senyum...



Para peserta sedang diuji dengan pelbagai kemahiran mengikut stesen.



Khemah yang siap dipasang para peserta dengan tunjuk ajar guru.

Saturday, April 9, 2011

Gemilang UPSR 2011

0 comments
Latih tubi vocabulary untuk calon UPSR 2011 dijalankan hari ini, 8 April 2011...diketuai oleh Cgu Alias, guru senior bahasa Inggeris SKKD, mendapat sambutan memberangsangkan...begitu interaktif...tahniah.
Cikgu-cikgu Tahun 6 yang lain juga diberi tunjuk ajar.
Serius menjawab pertanyaan peserta.
Antara guru-guru Tahun 6 yang hadir meluangkan masa dan tenaga.

Kem Bestari Solat 2011

0 comments
Kem Bestari Solat anjuran Panitia Agama Islam SK Kanchong Darat telah diadakan selama dua minggu bermula minggu lepas 2 April 2011 dan hari ini 8 April 2011. Diterajui Ustazah Suriawati dan semua ustaz ustazah sekolah ini. Ustaz Yusly sedang memberi penerangan tentang cara-cara pengurusan jenazah.
Cikgu Hanif yang turut membantu menyumbang tenaga dan masa bersama AJK Kem Bestari Solat.
Antara AJK kem yang sedang membuat persiapan untuk aktiviti seterusnya.
Para peserta kem yang kelihatan khusyuk mendengar ceramah.
Makanan untuk peserta disediakan oleh AJK.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan AJK yang menjayakan program ini.

Tuesday, December 21, 2010

SKKD 1 Sesi

0 comments
Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang masih setia melawati blog ini. Kesetiaan anda dihargai dan dialu-alukan. Selamat menikmati cuti akhir semester kepada semua warga SKKD dan ex-SKKD. Doa saya semoga semua dalam kegembiraan dan kesejahteraan. Kepada anak-anak murid, bagaimana anda menghabiskan masa cuti. Pandai-pandailah mengisi masa ye. Kepada semua murid dan bekas murid SKKD, 2011 akan tiba tak lama lagi. Alhamdulillah SKKD kembali ke satu sesi. Memudahkan pengurusan sekolah dan ibu bapa, insyaAllah. 2011 anda bertambah umur umur setahun lagi. Naik kelas dan bakal belajar pelajaran baru di tahun baru. Semoga sukses untuk semua warga. Wassalam.