Tuesday, January 20, 2009

Berpantun Sejenak

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga boleh kucari,
Mana nak sama murid tersayang.

Si anak rusa masuk ke taman,
Lihatlah sahaja usah diburu;
Jika rang muda menjadi teman,
Rang tua pula menjadi guru.

Kalau tuan membakar arang,
Jangan sampai terconteng ke dahi;
Jangan selalu salahkan orang,
Cermin dahulu diri sendiri.

Akan surut airlah gedang,
Akan lalu janganlah semak;
Baik pekerti itu dipandang,
Sukalah hati ayah dan emak.

Gunung Daik bercabang tiga,
Tempat pemuda menggali perigi,
Ilmu itu harta berharga,
Jika tiada sendiri yang rugi.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016