Thursday, January 22, 2009

Dia Hidup Daripada Apa Yang Dipelajarinya

Jika anak anda hidup dalam kritikan,
Dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kekasaran,
Dia belajar melawan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam ketakutan,
Dia belajar menjadi pengecut.
Jika anak anda hidup dalam iri hati,
Dia belajar berasa bersalah.
Jika anak anda hidup dalam kesabaran,
Dia belajar menjadi penyabar.
Jika anak anda hidup dalam galakan,
Dia belajar menjadi yakin.
Jika anak anda hidup dalam pujian,
Dia belajar menghargai.
Jika anak anda hidup dalam persetujuan,
Dia belajar menyayangi diri sendiri.
Jika anak anda hidup dalam kejujuran,
Dia belajar memahami kebenaran.
Jika anak anda hidup dalam keadilan,
Dia belajar menjadi adil.
Jika anak anda hidup dalam keselamatan,
Dia belajar meyakini diri dan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kemesraan,
Dia belajar untuk memahami masyarakat.

Dorothy Law Nolte
...dipetik daripada buku karya Dr. Shukri Abdullah Ph.D bertajuk Anakku Bijak Belajar.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016