Sunday, January 25, 2009

Jenis-jenis patah

  1. Patah tertutup – tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit
  2. Patah terbuka – tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit

Ciri-ciri patah

  • Patah melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya, paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak disebabkan tengkorak pecah.
  • Patah rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting muda dan lembut.

Tanda-tanda patah

  • Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya
  • Bengkak berserta lebam
  • Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera
  • Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta kaki yang cedera dengan anggota yang tidak cedera
  • Wujudnya tanda-tanda renjatan

Apa yang perlu dilakukan?

  • Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut
  • Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama
  • Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen
  • Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah kepada jari di sebelahnya
  • Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016