Friday, January 23, 2009

Kenangan Terindah

Sepanjang menceburi profession perguruan, rasanya ini adalah antara kenangan terindah yang dilalui. Diraikan oleh anak2 didik dan PIBG di dewan orang ramai Kanchong Darat sempena sambutan Hari Guru 2007. Kamera lak silap setting 2003 tapi peristiwa 2007.
Acara memotong kek oleh barisan pentadbir bersama AJK PIBG.
Persembahan murid2 Tahun 6.

Wow!!! Begitu bersemangat guru2 Tahun 1 dan Prasekolah berdikir barat. Tak ingat apa dah tu...Ekeke...Tahniah kepada gabungan guru2 ini.

Barisan pentadbir pun tak dapat lari daripada membuat persembahan. Yelah, bila lagi nak dengar mereka nyanyi kan? Apa pun mereka memang sporting habis.

Kalau tak silap ni cikgi2 Tahun 3 ngan 4. Pop Yeh Yeh gitu...Nasib baiklah semua dah mak2 orang...Jangan marah ha...

Ini persembahan paling happening hari tuh! Sporting habislah guru2 Tahun 6 kita nih. Persembahan kebudayaan adat perkahwinan Melayu. Tahniah kerana akhirnya kami memenangi persembahan terbaik pada hari tu. Siap ngan silat tu! Terima kasihlah buat Cik Azie kita yang sudi bersilat untuk group kami nih.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016