Tuesday, January 27, 2009

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Tahun baru 2009 sudah berlalu mencecah 27 hari. Diam tak diam, beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan baru Februari. Kepada anak-anak bakal menghadapi UPSR September nanti, bagaimana langkah anda untuk mencipta kejayaan? Sebaik-baiknya langkah dan persediaan awal telah dimula ketika 2008 lagi.

Bagaimana pula dengan ibu bapa? Tentu ada yang sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Kalau tidak bekerja, manakan dapat kewangan menanggung keluarga. Walau bagaimanapun sibuk sekalipun, semoga anak-anak adalah agenda utama kita. Apatah lagi peluang mendidik mereka hanya sekali sahaja. Sekali peluang terlepas, ia tidak akan berulang. Semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini dengan sepenuhnya.

Mendidik anak memang memeningkan kepala, tetapi anak yang tidak terdidik lebih memeningkan lagi. Kebanyakan kita tidak tahan menyuruh anak-anak belajar di rumah, maka lebih senang menghantar anak ke kelas tuisyen. Dan selalu kita dengar, anak lebih ikut cakap guru daripada ibu bapanya walaupun ibu atau bapanya sendiri adalah guru! Apa pun pilihan kita, nawaitu tentulah untuk kebaikan anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016