Saturday, January 24, 2009

Pendarahan Hidung

Hidung berdarah biasa berlaku kepada kanak-kanak disebabkan selsema teruk atau cuaca panas. Ia juga boleh berlaku kerana sentuhan kuat dilakukan pada bahagian hidung semasa melakukan latihan.

Apa yang harus dilakukan?

-Dudukkan pesakit dan tindukkan sedikit kepalanya ke bawah.
-Arahkan pesakit bernafas melalui mulut
-Picit pada bahagian lembut hidung selama 10 minit, lepaskan. Jika hidung masih berdarah, ulang picit di tempat yang sama untuk tempoh 10 minit lagi.
-Minta pesakit tidak hembus hidung dalam tempoh beberapa jam.

Pendarahan Oleh Sebab Objek Luar Yang Terlekat Pada Tubuh

Objek-objek luar seperti kaca, besi atau serpihannya berkemungkinan melekat dalam bahagian luka selepas berlaku sesuatu kemalangan. Ia hanya boleh dibuang oleh Pembantu Kecemasan sahaja. Itu pun jika objek tersebut melekat pada lapisan luar kulit sahaja.

Jika objek terbenam di dalam, lekapkan kain bebat di tepi sekeliling objek sebelum mengenakan tekanan untuk memberhentikan pengaliran darah.

Kemungkinan besar tidak banyak pengaliran darah berlaku kerana objek luar yang terbenam boleh menyebabkan berlakunya sekatan saluran darah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016