Saturday, January 24, 2009

Pergerakan Palang Merah dan PBSM Antarabangsa

PRINSIP ASAS

Kemanusiaan
Berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara semua manusia.

Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asas adalah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.

Berkecuali
Mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

Kebebasan
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakan yang berasaskan perikemanusiaan.

Khidmat Sukarela
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

Bersatu
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu membantu antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment