Tuesday, January 27, 2009

Persediaan menghadapi UPSR

  • Menguasai kemahiran tahun 4 dan 5 dengan mantap.
  • Guna semula atau sambung guna buku latihan atau nota tahun 5 jika masih ada muka surat yang belum diguna (jangan sesekali membuang buku-buku tersebut kerana soalan merangkumi topik ketika di tahun 4 dan 5).
  • Mula membuat latih tubi menjawab soalan-soalan 10 tahun kebelakangan.
  • Fokus ketika belajar dengan guru dan terus bertanya jika ada perkara yang tidak difahami.
  • Guna kamus bahasa dan kamus dwibahasa sepanjang masa untuk memantapkan kosakata.
  • Belajar mengikut jadual, bukan sesedap rasa sesuka hati.
  • Setiap kali selepas ujian, buat post mortem untuk mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki prestasi.
  • Jaga pemakanan, kesihatan, elak tekanan.
  • Banyak berkomunikasi dengan rakan, guru dan keluarga sebagai motivasi.
  • Rapatkan diri kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016