Sunday, January 25, 2009

Renjatan

Ia berlaku disebabkan kekurangan pengaliran darah dalam tubuh. Kecederaan atau sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada renjatan. Ketika pendarahan serius, seseorang boleh menemui ajal disebabkan renjatan yang teruk. Namun ia dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah bantuan kecemasan diberi dengan cepat dan betul.

Tanda Renjatan.
  • Kelihatan pucat
  • Sejuk dan kulit melekit
  • Denyutan nadi lemah dan pantas
  • Rasa sakit dan hendak muntah
  • Rasa hendak pitam dan pening
  • Mungkin berasa dahaga kerana kehilangan cairan tubuh yang banyak (biasanya disebabkan terbakar atau pendarahan)
  • Akan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri

Apa yang perlu dilakukan?

  • Terlentangkan mangsa, tinggikan kedua-dua kaki bagi keberkesanan pengaliran darah
  • Longgarkan bahagian pakaian yang ketat terutama pada bahagian leher dan pinggang
  • Pastikan keadaan sekeliling tenang dan dapatkan seberapa banyak udara bersih
  • Selimutkan mangsa agar sentiasa panas tetapi jangan pula biarkan badannya terlalu panas
  • Elakkan daripada memberi sebarang makanan atau minuman kepadanya kerana ia boleh menyebabkan muntah
  • Beri keselesaan dan keyakinan kepada pesakit dan periksa bahawa semua kecederaan telah dikenalpasti serta dirawat
  • Dapatkan bantuan lanjut.
  • Jika didapati pesakit tidak sedarkan diri, buka saluran udaranya. Periksa sama ada dia bernafas, jika tidak, beri bantuan pernafasan segera.
  • Jika bernafas, pastikan dia dalam keadaan posisi pemulihan iaitu kepalanya didongakkan agar saluran udaranya terbuka luas.
  • Sentiasa berada di samping pesakit
  • Dapatkan bantuan ambulans secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016