Wednesday, March 11, 2009

Sedang murung?

Tips berguna dalam menjalani kehidupan.

Kemurungan adalah kesedihan dan ia merupakan emosi normal apabila seseorang menghadapi peristiwa tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan adalah perkara biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.

Tanda & gejala

  • Perubahan perasaan

  • Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.

  • Gangguan terhadap fungsi kognitif

  • Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.

  • Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.

  • Fikiran ingin membunuh diri.

  • Hilang keseronokan

  • Hilang tumpuan

  • Hilang minat
Tanda Biologi

  • Hilang selera makan

  • Hilang berat badan

  • Gangguan tidur

  • Hilang keinginan seksual

  • Gangguan kitaran haid

  • Cepat lesu.

Komplikasi


Kemurungan menyebabkan seseorang lebih berkemungkinan mengalami kemalangan. Ia memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri individu. Ia mengurangkan keupayaan seseorang melaksanakan tanggungjawabnya.

Rawatan

Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat pelbagai cara rawatan manakala gabungan rawatan adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor amat perlu sebelum sesuatu diagnosa dibuat dan rawatan dimulakan.

Pharmacotherapy:
Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan.
Terapi Psychologikal:
Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya.
Terapi Kognitif
Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik kejadian itu.
Terapi Berkumpulan
Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.
Terapi "Electro-convulsive"
Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri yang tinggi.
Langkah Pencegahan


Rujuk post berkenaan stress.

Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu kita pulih sepenuhnya dari perkara tersebut. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu pesakit pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.

No comments:

Post a Comment