Wednesday, April 1, 2009

Guru Paling Ramai Stress???

Benarkah? Mungkin ya, kerana selain menjadi pendidik, guru juga bertindak sebagai kerani, posmen, pekerja sosial, tukang kebun, tukang cat, tukang sapu, sesekali seperti doktor atau jururawat, dan segala macam tukang!

Anda sedang stress? Saya sedang mengalaminya dan menikmatinya! Hu! Hu! Apa yang penting, banyakkan bersabar dan mengadulah kepada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Sedikit bacaan ringan untuk membantu kita mengawal stress

  • Punca Stress.
    i ) Sifat Semulajadi Manusia
    o terlalu sensitif
    o bercita-cita tinggi
  • o terlalu teliti ( cerewet)
    o pendesak
    o perisau
    o kaki gaduh
    o buruk sangka
    o terlalu serius

  • ii) Suasana Tempat Kerja
    o selalu tukar tempat kerja
    o selalu bertukar bos
  • o selalu tukar sistem atau cara
    o hubungan dengan rakan sekerja yang tidak rapat dan berprasangka
    o beban kerja berat memenatkan minda
    o banyak dateline...tension!!!!
    o bosan terhadap proses kerja yang sama setiap hari

  • iii) Hubungan Sesama Manusia
    o Hipokrit (sama ada bos, rakan, atau orang bawahan) kipas mengipas, ampu mengampu
    o tekanan di rumah sama ada dengan ahli keluarga atau jiran tetangga
  • o konflik diri
  • iv) Punca Dalaman
    o hati yang kotor kerana tidak rapat dengan Maha Pencipta
    o engkar perintah Allah menyebabkan hati menjadi mati
    o kepercayaan karut - kembalilah ke jalan benar...
Tanda Stress.

  • Mudah marah
  • Mudah kecewa
  • Moody
  • Gangguan proses pemikiran
  • Kurang kreatif
  • Sakit mulut atau ulser
  • Masalah penghadaman
  • Rambut gugur
  • Sakit kulit
  • Hilang nafsu seks
  • Susah tidur

Jika sedar sudah mula ada tanda2 seperti di atas, kawallah ia. Banyakkan sabar, solat, berinteraksi dengan rakan, mengadu kepada Allah, berzikir, berselawat dan mengaji Quran.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016