Tuesday, April 7, 2009

Kawad Kaki Daerah Kuala Langat

Rakaman ketika acara pertandingan kawad daerah 2009 yang berlangsung di padang letak kereta Stadium Jugra, Banting pada hari semalam iaitu 6 April 2009.





Semalam telah mencatat sejarah pahit manis, gembira dan sedih bagi semua pasukan. Adat dunia ada kalah dan menang. Tahniah kepada pasukan pemenang.
Saya berasa puas hati dengan pencapaian pasukan SKKD yang terdiri daripada 37 keanggotaan iaitu seramai 35 murid tahun 5 dan 2 murid tahun 4. Walaupun semalam berlaku peristiwa yang tidak pernah berlaku pada tahun2 sebelumnya iaitu ramai yang pitam termasuk komandan pasukan, namun saya tetap bangga dengan persembahan anak buah.
Kepenatan masih terasa kerana berulang alik mengurus 2 anak buah yang pitam ke ER Hospital Banting, namun tetap berasa puas dan bangga. Apatah lagi dengan semangat adik Rusydah yang menyorokkan sakit asmanya kepada saya kerana takut kena reject. Sanggup dia habiskan persembahan sehingga tamat dan akhirnya tercungap2.
Tahniah kepada pasukan. Tempat ketiga pun cukup membanggakan dengan peristiwa 'jatuhnya' komandan iaitu adik Fatin Hafizah ketika sedang mengetuai pasukan. Memang terik betul cahaya matahari pagi semalam. Terima kasih dan tahniah juga kepada komandan simpanan yang menyambung tugas Fatin.
Tahniah juga kepada rakan2 guru SKKD yang bertindak selaku tuan rumah semalam. 'SKKD Cemerlang".

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016