Perkhemahan Mega

Sunday, April 26, 2009

Klinik UPSR Didik Berita Harian





Semalam telah berlangsung Klinik UPSR Didik Berita Harian anjuran Lembaga Tabung Haji bagi ahli-ahli Kelab TaHa seluruh Selangor. Seramai kira2 250 orang murid pencarum Tabung Haji dan memiliki keahlian Kelab TaHa telah diberi peluang mengikuti klinik sehari ini secara percuma di ILP Kuala Langat di Jalan Jugra, Banting. Seramai 21 murid SKKD juga telah terpilih menyertainya. Terima kasih tidak terhingga kepada Tabung Haji dan Didik Berita Harian. Semoga ilmu yang ditimba memberi manfaat sepanjang hayat kepada anak-anak ini. Amin...

0 comments:

Post a Comment