Saturday, April 18, 2009

Muridku Sayang

Hari ini, sebagaimana biasa, pelbagai kelas tambahan dianjurkan pihak sekolah berjalan sebagaimana dirancang. Guru-guru memberi komitmen yang amat baik. Namun kadangkala, hati terusik apabila melihat kehadiran anak2 kelas hujung kian 'terang'. Kewujudan mereka macam biskut. Kejap ada, kejap hilang. Bila ditanya, cipta pelbagai alasan.

Ada ketika, sukar betul nak fahamkan mereka apa yang kita rancang. Bila hubungi ibu bapa, ada juga yang kata ada masalah peribadi. Jaga adik dan sebagainya. Kadangkala timbul perasaan, cikgu bukan main fikir nak bantu anak didik. Tapi mereka dan keluarga mereka? Nak kena jemput sorang2 baru nak datang yer?

Apa-apalah. Fikir2 lah...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016