Wednesday, April 1, 2009

Penyakit Kronik

Hari ini saya membaca info amat berguna bagi kita dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar dalam Berita Harian. Saya postkan di sini sebagai bacaan tambahan kepada warga yang menjadi penatap setia blog ini.

Menurut fakta tercatat dalam info hari ini seramai 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap Diabetes manakala 4.8 juta pula menghidap hipertensi. Tinggi tuh...Seram kalau lihat fakta nih...Tetapi inilah kenyataannya. Penyakit datang macam ribut, pergi macam semut... Tak kira umur lak tu.

Penyakit kronik yang tidak berjangkit terdiri daripada diabetes, strok, penyakit jantung dan hipertensi.

Tanda awal serangan diabetes.
  • kencing kerap
  • dahaga keterlaluan
  • terlalu lapar
  • penurunan berat badan secara luar biasa
  • kerap keletihan
  • pandangan kabur
  • kurang selesa pada bahagian kulit @ gatal

Tanda awal serangan jantung.

  • tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit dada yang berlanjutan beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula
  • sakit atau tidak selesa pada bahagian atas badan yang lain
  • sesak nafas
  • berpeluh sejuk, loya atau pitam

Gejala dan tanda amaran serangan strok.

  • kebas atau lemah tiba-tiba pada sebelah bahagian badan
  • sukar bertutur atau memahami pertuturan, gagap
  • penglihatan kabur tiba-tiba
  • sukar berjalan, pening, hilang keseimbangan tiba-tiba
  • sakit kepala tiba-tiba tanpa sebab
  • masalah ingatan atau keliru

Gejala awal hipertensi.

  • sakit kepala teramat sangat
  • keletihan
  • masalah penglihatan
  • sakit dada
  • sukar bernafas
  • denyutan jantung terlalu cepat

Terima kasih kepada BH, walaupun fakta ini sering kita dengar, namun kerap kalinya kita lupa menjaga kesihatan kerana kesibukan menjalani kehidupan. Tekanan hidup boleh menyebabkan hipertensi. Hipertensi pula, jika dibiar dan tidak dirawat segera boleh menyebabkan strok, penyakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Kata orang, kalau dah dapat hipertensi, nanti datanglah pakejnya sekali iaitu diabetes dan penyakit jantung. Sebahagian besar petanda dan gejala di atas telah saya alami. Kalau ada antara anda mempunyai gejala yang sama, cepat-cepatlah berjumpa doktor.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016