Friday, April 10, 2009

Petua Seronok Bekerja 2

Kita selalu menetapkan satu matlamat untuk diri kita yang perlu dicapai sepanjang masa bekerja. Memang ia penting untuk pencapaian pada masa hadapan. Namun, janganlah sampai menjadi selfish. Pijak kepala orang lain untuk naik. Jangan abaikan orang di sekeliling kita tuh. Amalkan sikap membantu rakan. Apabila dibantu, sudah tentu rakan kita suka dan menghormati serta menghargai kita. Sudah pasti juga mereka akan senyum pada kita.

Pasti seronok apabila melihat rakan2 sepejabat atau setempat kerja sentiasa senyum. Takkan nak lihat rakan2 masam memuncung2. Pastilah kita tidak seronok bekerja dalam suasana begitu kan? Boleh jadi stress lihat muka orang2 yang tak nak senyum.

Untuk melihat senyuman orang, sebaik2nya, kitalah yang perlu senyum dahulu. Berbalas senyuman mengeratkan hubungan sesama rakan. Ringan2kan tangan membantu rakan yang memerlukan. Lagi pula kerja sorang2 lama2 pasti membosankan. Jangan jadi seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing2...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016