Friday, May 29, 2009

Pot Luck

Semalam, kami mengadakan jamuan 'pot luck' khusus untuk meraikan persaraan PK 1 En Abdul Rahim yang dikasihi. Beliau akan menamatkan perkhidmatan dengan bersara pilihan atas sebab kesihatan. Semoga panjang umur dan sihat selalu...itulah doa kami.


Jamuan yang simple sahaja sebelum majlis mega. Alhamdulillah berkat semangat kerjasama, setiap aliran telah berjaya menyediakan hidangan enak. Cuma terkilan, gambar makanan yang dibawa dari rumah tu tak menjadi. Maafle kengkawan. Tak dapat nak publish aneka masakan enak korang.
Keraian di makmal sains...walau sempit tapi gembira dan bermakna. Tahniah buat semua.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016