Thursday, June 18, 2009

Al-Fatihah



Tertitik sudah tertulis noktah
Berakhir sebuah kisah perjuangan seorang pendidik berjasa
Menghembus nafas terakhir di kala kedinginan subuh hari ini
Perginya mengadap Ilahi Rabbi
Bersama iringan pilu hati-hati yang ditinggalkan
Butir-butir mutiara jernih berjatuhan satu persatu
Mengiringi pemergiannnya yang tanpa disangka
Cuma doa mengiringi seorang serikandi
Moga dicucuri rahmat di sisi Yang Esa
Sejahteralah di sana...
Al-Fatihah.

Salam takziah warga SKKD khusus buat Cikgu Rahmat dan anak-anak.

Khas untuk almarhumah Pn. Hjh. Puteh Zahrani bt Jamian
Mantan PK Kokurikulum SK Kanchong Darat.
...from che tun with love

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016