Friday, August 28, 2009

Sekalung Tahniah

Tahniah khas buat kak JJ atas perlantikan sebagai PK Kokurikulum di SK Jalan Tanjung. Walaupun rasa hiba kerana pasukan guru tahun 6 kini kurang, namun pemergiannya kami redha atas nama perjuangan dan bakti kepada anak bangsa.

Kehibaan sedikit terubat kerana jawatan PK Akademik telah diisi oleh Puan Rahati, kak long kami yang telah berdekad lamanya berkhidmat di sini. Perjuangan perlu diteruskan. Selamat berkhidmat di tempat baru. Jangan sesekali lupa sahabat-sahabat di sini...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016