Thursday, October 20, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum buat semua warga SKKD...
Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaitun kerana sudi menjemput saya menjadi salah seorang daripada penulis dalam blog ini. InsyaAllah saya akan cuba mencuri masa untuk mengemaskini blog ini dengan pelbagai informasi dan aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.

Esok, Jumaat, 21hb Oktober merupakan hari terakhir murid-murid SKKD menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Bagi murid-murid Tahun 5, peperiksaan ini merupakan kayu pengukur anda untuk tahun hadapan.

Dan, kepada semua guru, selamat menanda kertas peperiksaan (sediakan pen merah banyak2) dan "bercinta" dengan SAPS. =D

1 comment:

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016