Tuesday, November 3, 2015

MyTID



MyTID (Talent Identification Program) atau Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan merupakan program pencarian bakat di peringkat akar umbi (grassroots) di kalangan murid Tahun 1 untuk melahirkan satu kelompok atlet muda.

Program ini telah dijalankan di SK Kanchong Darat pada 2 November 2015, jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di bawah dataran berbumbung dengan melibatkan semua murid Tahun 1 iaitu seramai 175 orang. Lima orang guru penguji ditugaskan untuk menguji murid mengikut bateri ujian yang telah ditetapkan. Manakala lima orang guru pengiring yang terdiri daripada guru kelas Tahun 1 ditugaskan untuk mengawal murid dan mencatat bacaan bagi setiap bateri ujian yang dijalankan.

MyTID merupakan program kerjasama antara Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan besar kanak-kanak sekolah yang terlatih dan berbakat untuk pemilihan ke dalam latihan khusus yang membawa kepada prestasi pada tahap elit. Tumpuan diberikan kepada atlet-atlet muda yang bermula pada usia 7 tahun. Tahap kecergasan, kesihatan dan keyakinan diri murid secara keseluruhan dapat ditingkatkan melalui program ini.

Terdapat 5 bateri ujian yang perlu dijalankan iaitu:

  • Antropometrik - Pengukuran Ketinggian, Pengukuran Berat Badan

  • Kelenturan - Jangkauan Melunjur

  • Kelajuan - 20 m lari pecut

  • Kuasa - Lompat Jauh Berdiri

  •  Koordinasi - baling dan tangkap


Kesimpulannya, program ini telah dilaksanakan dengan jayanya, Kerjasama yang diberikan oleh pentadbir dan semua guru SKKD amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Mesyuarat Persediaan 2016! Semoga sentiasa bermotivasi untuk kecemerlangan SKKD 2016